Perhatikan tajuk di atas?Adakah keserasian 2011 yang mempunyai angka 11 pada dua digit terakhir itu dengan kaitan tajuk ‘Gerhana bulan paling gelap dalam tempoh 11 tahun’??? Ya, satu fakta angka tanpa di duga dan anda sendiri telah terlepas pandang tanpa anda sedari.
Fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku esok (Khamis pagi 14 Rejab 1432H) ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi. Apa yang lebih mengejutkan anda ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000. Gerhana bulan penuh yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Tunggulah akan wujud malapetaka hebat sekali lagi pada Disember ini kepada masyarakat dunia umumnya.
Sedarkah anda?Menjelang dua hari berlakunya gerhana bulan paling gelap dalam tempoh 11 tahun ini telah menghasilkan pelbagai bencana alam,antaranya gempa bumi 6.2 magnitud gegar Laut Maluku,kepulauan Sulawesi,Isnin lalu. Gempa bumi magnitud 5.5 pada skala Richter di Sumatera Utara dikesan pada 8.08 pagi kelmarin, manakala gempa bumi kedua magnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.Hari ini berlaku gempa bumi di Timur Tengah iaitu negara Iran dengan magnitud 5.3 pada skala Richter.
Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil.
Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang.
Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.
Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.
Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi. Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi.
Pada 16 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.
Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 02:23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 04:13 pagi.
Bulan akan mula keluar dari bayang umbra Bumi (U3) pada 05:03 pagi dan keluar sepenuhnya daripada bayang umbra Bumi (U4) pada 06:02 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga 07:01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang.
Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan,Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.Sila layari website www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com untuk melihat gambar tambahan Gerhana Bulan Paling Gelap Dalam Tempoh 11 tahun.
Tahukah anda? Tidak lama lagi akan berlaku cuaca yang tidak menentu sepanjang tempoh 2011,2012 dan 2013?Ada yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan sebelum-sebelum ini sama ada anda mengetahuinya atau anda pura-pura tidak mengetahuinya. Salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T dan tiada siapa dapat menandinginya. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi segenap kawasan di seluruh dunia ini akan dilitupi salji dan tempohnya hanya di dalam kehendak ALLAH S.W.T.
Bacalah segala tulisan-tulisan kami di alam maya yang menakutkan golongan zionis dan akhirnya PAGE lama kami dibuang oleh zionis dan sekutunya.Ingatlah,mereka boleh mematikan PAGE dan tulisan kami di alam maya ini tetapi mereka tidak dapat mematikan jiwa jutaan manusia yang berjuang di jalan ALLAH SWT. Alhamdulillah,kami sempat mengumpulkan segala tulisan kami tahun lepas dan tersusun rapi di dalam buku kami. Apa yang kami bentangkan kini merupakan sambungan dari buku nukilan kami sebelum ini dan kami ukirkan nota ini khas kepada semua umat ISLAM terutamanya mereka yang memahami bahasa melayu.
Kami dedahkan maklumat yang tidak didedahkan di kaca tv anda, maklumat yang tidak disiarkan di dada akhbar anda...Dunia sudah akhir zaman,jangan lepaskan peluang untuk anda mengetahuinya dengan lebih banyak pendedahan yang bakal kami lakukan.Kami ceritakan kepada anda satu cerita yang jarang diberitahu oleh guru anda semasa di bangku sekolah,amat jarang diberitahu oleh pensyarah anda semasa di IPT,amat jarang diberitahu oleh ustaz/ustazah yang anda kenali,amat jarang dikaji oleh ulamak di sekeliling anda…..
Hantarkan butiran yang kami perlukan itu ke alamat emel kami jika anda serius ingin mengikuti perkembangan ilmu yang akan kami hujahkan dengan lebih mendalam.Terpulanglah kepada anda hendak menganggap sesuatu yang negatif pada kami kerana sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI.Kepada semua yang selalu mengikuti perkembangan semasa kami,semestinya mereka dapat memahami setiap kata-kata kami.Nantikan penjelasan ringkas yang bakal terungkap tidak lama lagi kepada semua dan penjelasan lebih mendalam di kalangan ahli Brigade Zameer Fisabilillah….
Artikel ini dipetik secara rasmi menerusi laman web www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com
###Salam Peringatan dari Brigade Zameer Fisabilillah###
Tiga Golongan Selepas Membaca NOTA BERMANFAAT Ini
Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:
1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA
Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.
Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI,
SUMBER dari brigadezameerfisabilillah@yahoo.com, www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com & http://www.facebook.com/pages/Salam-Peringatan-Fisabilillah/187949327922436
Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.
2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah
Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)
Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.
3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan